Saturday, December 17, 2005

Outing at Sg. Buloh Farm

Pada 3.30 petang, AU Family mula memenuhi ruang laman Sg. Buloh Farm di Kg Melayu Sg Buloh kelolaan Jelapang Warisan yang dipunyai oleh En Zul.

Sg. Buloh Farm menempatkan haiwan ternakan untuk jualan seperti kuda, kambing pelbagai jenis, rusa, angsa dan ayam. Disamping itu mereka juga menyediakan perkhidmatan landscaping. Sesiapa yang ingin menempah daging untuk akikah, susu kambing juga boleh dibuat di sini. Susu kuda tiada kerana kuda yang ada adalah kuda jantan sahaja.

Hujan gerimis turun sewaktu En. Zul memberi penerangan tentang kuda, penjagaan kuda, pakaian penunggang kuda, cara-cara pengendalian kuda semasa menunggang dan sedikit pengenalan tentang kuda-kuda yang ada di Sg. Buloh Farm. Kuda dewasa yang ada (sekitar umur 8 tahun) adalah bekas kuda lumba yang telah "pencen" di gelanggang lumba tetapi masih boleh bergiat dalam "tracking" di kawasan hutan.

Setelah hujan berhenti, anak-anak yang hadir diberi peluang menunggang kuda sebanyak 2 pusingan setiap seorang. Mulanya 3 ekor kuda disediakan, 1 anak kuda dan 2 kuda dewasa... tapi sekejap sahaja, anak kuda dan boring, jadi, terpaksa direhatkan...

Selain dari itu, anak-anak diberi peluang menimba pengalaman memerah susu kambing dan memberi kuda makan. Juga memberi anak kambing minum susu.

Susu yang diperah disajikan kepada tetamu... Sedap rupanya susu kambing nih. Campur dengan ais... huiii.... sedap....!!

Menjelang jam 6, seperti yang dirancang, AU semua bertolak pulang dengan satu pengalaman baru dalam cuti sekolah kali ini. Terima kasih kepada Kak Chik @ Maimunah yang telah mengaturkan lawatan ini.

Respond dari anak-anak saya - PUAS!!!!

Muhammad... steady!! Sorry lah anak2 yang lain... bateri kamera kaput pulak lepas gambar ni... Posted by Picasa

... Posted by Picasa

Ada gaya tak....? Posted by Picasa

Tengok jelingan kuda tu... Posted by Picasa

Lemah lembutnya Illyana beri makan kuda.. panjang je leher kuda tu... (Mr. Sogo) Posted by Picasa

.. Posted by Picasa

Dah lepas beri kuda makan, kena bercakap dengan kuda tu, pesan En. Zul. Posted by Picasa

alahai.... sian kambing ni... Posted by Picasa

Gosok kat muka dia macam ni... Posted by Picasa

Anakanda Liza... bahagianya... Posted by Picasa

Anak saudara Liza kot..? Posted by Picasa

Antara panorama di Sg. Buloh Farm. Adanya sekawan angsa, sekumpulan rusa dan kambing (di dalam kandang).. Posted by Picasa

Ayu... Ayu.... dapat pegang payung ni pun jadi la... Posted by Picasa

hey.... Hidayat dah berjaya mengatasi "fear of horse" dah... Posted by Picasa

Hanie... dengan "potongan" baru. Posted by Picasa

Kambing yang menjadi model dalam Fear Factor Versi Malaysia. Posted by Picasa

Kenyang la anak kambing petang ni... Posted by Picasa

. Posted by Picasa

Sofea.. manis senyuman puteri Haseena ini... Posted by Picasa

Queue untuk naik kuda. Liza di hujung sana & Haseena (tudung coklat). Posted by Picasa

Feeding time...! Posted by Picasa

Seronok nya dapat pegang anak kambing ni.... Aksi seterusnya yg tidak dapat dirakam oleh kamera, Hidayah tarik kaki anak kambing. Posted by Picasa

. Posted by Picasa

Danial Posted by Picasa

Afruz. Posted by Picasa