Saturday, December 17, 2005

Outing at Sg. Buloh Farm

Pada 3.30 petang, AU Family mula memenuhi ruang laman Sg. Buloh Farm di Kg Melayu Sg Buloh kelolaan Jelapang Warisan yang dipunyai oleh En Zul.

Sg. Buloh Farm menempatkan haiwan ternakan untuk jualan seperti kuda, kambing pelbagai jenis, rusa, angsa dan ayam. Disamping itu mereka juga menyediakan perkhidmatan landscaping. Sesiapa yang ingin menempah daging untuk akikah, susu kambing juga boleh dibuat di sini. Susu kuda tiada kerana kuda yang ada adalah kuda jantan sahaja.

Hujan gerimis turun sewaktu En. Zul memberi penerangan tentang kuda, penjagaan kuda, pakaian penunggang kuda, cara-cara pengendalian kuda semasa menunggang dan sedikit pengenalan tentang kuda-kuda yang ada di Sg. Buloh Farm. Kuda dewasa yang ada (sekitar umur 8 tahun) adalah bekas kuda lumba yang telah "pencen" di gelanggang lumba tetapi masih boleh bergiat dalam "tracking" di kawasan hutan.

Setelah hujan berhenti, anak-anak yang hadir diberi peluang menunggang kuda sebanyak 2 pusingan setiap seorang. Mulanya 3 ekor kuda disediakan, 1 anak kuda dan 2 kuda dewasa... tapi sekejap sahaja, anak kuda dan boring, jadi, terpaksa direhatkan...

Selain dari itu, anak-anak diberi peluang menimba pengalaman memerah susu kambing dan memberi kuda makan. Juga memberi anak kambing minum susu.

Susu yang diperah disajikan kepada tetamu... Sedap rupanya susu kambing nih. Campur dengan ais... huiii.... sedap....!!

Menjelang jam 6, seperti yang dirancang, AU semua bertolak pulang dengan satu pengalaman baru dalam cuti sekolah kali ini. Terima kasih kepada Kak Chik @ Maimunah yang telah mengaturkan lawatan ini.

Respond dari anak-anak saya - PUAS!!!!

No comments: